Nukilan Hati : Kagum dengan seseorang ni!



Kagum!

Subhanallah...subhanallah...subhanallah...

Jari-jemari saya gatal menekan-nekan ‘keyboard laptop’ sambil menjejaki perkhabaran sahabat-sahabat zaman sekolah saya. Kekaguman menyapa tatkala melihat seorang sahabat ini.Tidak perlulah diceritakan nama, lebih baik diceritakan asbab(sebab) yang menjadi hati berasa kagum dengan dirinya kan.

(P/s pada diri sendiri:berhati-hati bila hati kagum pada seseorang kerana kehebatan sesorang itu MILIK HAKIKI Allah swt dan kehebatan itu hanya dipinjamkan Allah kepada manusia.)


Perkenalan dan perpisahan Kami


Berbalik pada cerita tadi, perkenalan dengan seorang sahabat saya ni berlaku sewaktu disekolah menengah. Kami sama-sama belajar dikelas yang sama. Semasa memasuki tingkatan 4, beliau bertukar sekolah. Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh. Saya masih disekolah lama kami.


Waktu-waktu awal tingkatan 4 adalah detik-detik yang menyedihkan kerana ramai sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di sekolah telah berpindah sekolah. Walaupun sedih, perjuangan masih diteruskan dan doa sentiasa mengiringi sahabat-sahabat, InsyaAllah.


Kekaguman


Nak dijadikan cerita, saya bertemu kembali dengan beliau sewaktu menemani mama membuat pembayaran di Bank. Subhanallah! Penampilannya berubah, jadi lebih solehah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt yang memberikan hambaNya hidayah yang sangat-sangat beharga! Beliau memberitahu bahawa beliau akan ke luar negara untuk menyambung pengajian. Ke Barat. Hati tertanya-tanya mengapa memilih di negara Barat tetapi tidak di Mesir, Jourdan dan seangkatan dengannya. Dalam masa yang sama, saya tahu beliau mempunyai ‘reason’ tersendiri yang kukuh mengapa beliau membuat keputusan itu.


Sebenarnya, walau dimana kita berada, rasailah ke’izzah’an (ke’mulia’an) sebagai seorang MUSLIM. Sampaikanlah apa yang disampaikan oleh Baginda saw. Bawalah ROH ISLAM itu agar dapat dirasai diseluruh pelusuk dunia n semesta. Allah senantiasa bersama kita sahabat-sahabat,kitalah “khalifah” yang diciptakanNya supaya mengajak kepada ma’ruf(kebaikan) dan menghalang drpd melakukan kemungkaran (dosa dan maksiat).


Cuba lihat apa yang Allah kata dalam Qur’an:


“Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kebaikan manusia, kamu menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)


Pesan Ustaz Saya~


Tiba-tiba saya teringat pesan seorang ustaz yang saya sangat kagumi disekolah dahulu, Ustaz Wan. Ustaz yang mengajar kami subjek penngajian Qur’an dan Sunnah (PQS). Ustaz selalu mengingatkan kami dengan berkata: “Kalau bukan kita, siapa lagi?!”. Boleh dikatakan ianya menjadi slogan kelas kami kerana membawa nama Islam disekolah, memandangkan kami satu-satunya kelas agama ditingkatan 4 dan 5.

(P/s: kepada ahli kelas Budiman dan Ikhlas, saya amat rindukan kalian semua. Teruskan perjuangan kita ye! Jangan lupa membawa keizzahan Islam itu walau dimana kalian berada k! Moga kita bertemu di SYURGA~ amin ya Rabb..)


Ustaz, doakan kami. InsyaAllah kami sahut cabaran ustaz itu!


Hehe...Jum sambung cerita!


Ops...mari kita sambung cerita tentang sahabat saya tadi. Sewaktu melihat gambarnya di ‘Facebook’, saya mendapati beliau masih mengekalkan ciri-ciri ‘keislaman’. Walau dikelilingi dengan manusia yang ‘berbeza’ penampilan daripada penampilan dirinya(terutamanya di Barat), tapi beliau teguh meneruskan ke’izzah’an itu. Subhanallah! Bukan senang untuk istiqamah, tapi beliau berjaya melakukannya.

(Ya Allah, Kau perteguhkanlah iman sahabatku ini agar beliau terus membawa manusia dekat pada keindahan agamaMu, agama yang Lurus, agama fitrah.)


Penutup


Saya meneruskan kembali melihat gambar-gambar beliau diperantauan. Sungguh, hati tertaut pada istiqamahnya beliau. Moga diriku dan sahabat-sahabatku yang lain juga diberikan kekuatan oleh Allah swt.

Gambaran kehidupan beliau disana menjadi salah satu inspirasi saya untuk tidak mudah jatuh dengan dugaan dan cabaran dalam berdakwah.


Jiwa rasa kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyampaikan risalah ini(ISLAM). Jangan sekali-kali mengalah tatkala memijak paku-paku kehidupan dunia, kerana jalan itulah yang membawa kita(khalifah) ke destinasi abadi iaitu SYURGA yang penuh nikmat.


“Dan janganlah kamu merasa hina dan dukacita, padahal kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (surah Ali Imran, ayat 139)


Ingat ye sahabat-sahabat.. jalan ke Syurga dipenuhi dengan susah payah manakala jalan ke Neraka dipenuhi keseronokan(syahwat). Kenapa jalan ke Syurga itu payah dan sukar? Kerana... syurga itu MAHAL!


Akhir sekali, sebelum menutup ‘nukilan hati’ kali ini, saya teringat tulisan Mustafa Masyhur dalam bukunya ‘Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah’. Beliau kata jalan dakwah ini perlukan pengorbanan yang besar kerana kita terdedah kepada penyiksaan, cubaan, celaan dan ujian. Hanya yang melalui dapat merasainya. Sahabat-sahabat sudah merasainya? Kalau belum, mari kita rasainya bersama! Mari! JANGAN TAKUT! Kerana apa saya mengajak sahabat-sahabat untuk merasainya? Kerana Allah berfirman:


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari para mukmin itu jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan BALASAN SYURGA, iaitu hendaklah mereka berjihad qital di jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh.” (Surah At-Taubah, ayat 111)


Sahabat-sahabat tidak mahu balasan syurga yang kekal abadi? Saya pasti sahabat-sahabat mahu kan? Mari...kita berjinak-jinak dalam perjalanan ini.. jalan yang lurus, yang membawa kita ke SYURGA ALLAH SWT. Amin.


Jangan teragak-agak, jangan berputus asa, jangan mengalah... Mari!


(P/s: Ingat perniagaan kita dengan Allah. Allah sudah janjikan apa? SYURGA! Jadi tidak perlu ragu lagi ye. Mari!)

1 comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Our Journey is the Journey of Heart

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

EVERLASTING BONDING

authorized

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

LIFE TIME


AKU HANYA HAMBA ALLAH

My photo
Pedang yang HEBAT takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik!

WORDZSPEAK

SALAM ZIARAH

SOURCE OF STRENGTH

REMIND ME ABOUT THE DAY