Nukilan Hati : Kagum dengan seseorang ni!

2:09 AM


Kagum!

Subhanallah...subhanallah...subhanallah...

Jari-jemari saya gatal menekan-nekan ‘keyboard laptop’ sambil menjejaki perkhabaran sahabat-sahabat zaman sekolah saya. Kekaguman menyapa tatkala melihat seorang sahabat ini.Tidak perlulah diceritakan nama, lebih baik diceritakan asbab(sebab) yang menjadi hati berasa kagum dengan dirinya kan.

(P/s pada diri sendiri:berhati-hati bila hati kagum pada seseorang kerana kehebatan sesorang itu MILIK HAKIKI Allah swt dan kehebatan itu hanya dipinjamkan Allah kepada manusia.)


Perkenalan dan perpisahan Kami


Berbalik pada cerita tadi, perkenalan dengan seorang sahabat saya ni berlaku sewaktu disekolah menengah. Kami sama-sama belajar dikelas yang sama. Semasa memasuki tingkatan 4, beliau bertukar sekolah. Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh. Saya masih disekolah lama kami.


Waktu-waktu awal tingkatan 4 adalah detik-detik yang menyedihkan kerana ramai sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di sekolah telah berpindah sekolah. Walaupun sedih, perjuangan masih diteruskan dan doa sentiasa mengiringi sahabat-sahabat, InsyaAllah.


Kekaguman


Nak dijadikan cerita, saya bertemu kembali dengan beliau sewaktu menemani mama membuat pembayaran di Bank. Subhanallah! Penampilannya berubah, jadi lebih solehah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt yang memberikan hambaNya hidayah yang sangat-sangat beharga! Beliau memberitahu bahawa beliau akan ke luar negara untuk menyambung pengajian. Ke Barat. Hati tertanya-tanya mengapa memilih di negara Barat tetapi tidak di Mesir, Jourdan dan seangkatan dengannya. Dalam masa yang sama, saya tahu beliau mempunyai ‘reason’ tersendiri yang kukuh mengapa beliau membuat keputusan itu.


Sebenarnya, walau dimana kita berada, rasailah ke’izzah’an (ke’mulia’an) sebagai seorang MUSLIM. Sampaikanlah apa yang disampaikan oleh Baginda saw. Bawalah ROH ISLAM itu agar dapat dirasai diseluruh pelusuk dunia n semesta. Allah senantiasa bersama kita sahabat-sahabat,kitalah “khalifah” yang diciptakanNya supaya mengajak kepada ma’ruf(kebaikan) dan menghalang drpd melakukan kemungkaran (dosa dan maksiat).


Cuba lihat apa yang Allah kata dalam Qur’an:


“Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kebaikan manusia, kamu menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)


Pesan Ustaz Saya~


Tiba-tiba saya teringat pesan seorang ustaz yang saya sangat kagumi disekolah dahulu, Ustaz Wan. Ustaz yang mengajar kami subjek penngajian Qur’an dan Sunnah (PQS). Ustaz selalu mengingatkan kami dengan berkata: “Kalau bukan kita, siapa lagi?!”. Boleh dikatakan ianya menjadi slogan kelas kami kerana membawa nama Islam disekolah, memandangkan kami satu-satunya kelas agama ditingkatan 4 dan 5.

(P/s: kepada ahli kelas Budiman dan Ikhlas, saya amat rindukan kalian semua. Teruskan perjuangan kita ye! Jangan lupa membawa keizzahan Islam itu walau dimana kalian berada k! Moga kita bertemu di SYURGA~ amin ya Rabb..)


Ustaz, doakan kami. InsyaAllah kami sahut cabaran ustaz itu!


Hehe...Jum sambung cerita!


Ops...mari kita sambung cerita tentang sahabat saya tadi. Sewaktu melihat gambarnya di ‘Facebook’, saya mendapati beliau masih mengekalkan ciri-ciri ‘keislaman’. Walau dikelilingi dengan manusia yang ‘berbeza’ penampilan daripada penampilan dirinya(terutamanya di Barat), tapi beliau teguh meneruskan ke’izzah’an itu. Subhanallah! Bukan senang untuk istiqamah, tapi beliau berjaya melakukannya.

(Ya Allah, Kau perteguhkanlah iman sahabatku ini agar beliau terus membawa manusia dekat pada keindahan agamaMu, agama yang Lurus, agama fitrah.)


Penutup


Saya meneruskan kembali melihat gambar-gambar beliau diperantauan. Sungguh, hati tertaut pada istiqamahnya beliau. Moga diriku dan sahabat-sahabatku yang lain juga diberikan kekuatan oleh Allah swt.

Gambaran kehidupan beliau disana menjadi salah satu inspirasi saya untuk tidak mudah jatuh dengan dugaan dan cabaran dalam berdakwah.


Jiwa rasa kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyampaikan risalah ini(ISLAM). Jangan sekali-kali mengalah tatkala memijak paku-paku kehidupan dunia, kerana jalan itulah yang membawa kita(khalifah) ke destinasi abadi iaitu SYURGA yang penuh nikmat.


“Dan janganlah kamu merasa hina dan dukacita, padahal kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (surah Ali Imran, ayat 139)


Ingat ye sahabat-sahabat.. jalan ke Syurga dipenuhi dengan susah payah manakala jalan ke Neraka dipenuhi keseronokan(syahwat). Kenapa jalan ke Syurga itu payah dan sukar? Kerana... syurga itu MAHAL!


Akhir sekali, sebelum menutup ‘nukilan hati’ kali ini, saya teringat tulisan Mustafa Masyhur dalam bukunya ‘Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah’. Beliau kata jalan dakwah ini perlukan pengorbanan yang besar kerana kita terdedah kepada penyiksaan, cubaan, celaan dan ujian. Hanya yang melalui dapat merasainya. Sahabat-sahabat sudah merasainya? Kalau belum, mari kita rasainya bersama! Mari! JANGAN TAKUT! Kerana apa saya mengajak sahabat-sahabat untuk merasainya? Kerana Allah berfirman:


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari para mukmin itu jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan BALASAN SYURGA, iaitu hendaklah mereka berjihad qital di jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh.” (Surah At-Taubah, ayat 111)


Sahabat-sahabat tidak mahu balasan syurga yang kekal abadi? Saya pasti sahabat-sahabat mahu kan? Mari...kita berjinak-jinak dalam perjalanan ini.. jalan yang lurus, yang membawa kita ke SYURGA ALLAH SWT. Amin.


Jangan teragak-agak, jangan berputus asa, jangan mengalah... Mari!


(P/s: Ingat perniagaan kita dengan Allah. Allah sudah janjikan apa? SYURGA! Jadi tidak perlu ragu lagi ye. Mari!)

Read On 1 comments

Cheritera1: Hani dan adiknya! (2 dikalahkan 2)

9:17 AM




Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kehadratNya atas segala nikmat dan rahmat, terutamanya nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam untuk Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda. Amin.

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh saya tidak ‘update’ blog ni. Rasa rindu sangat rasanya untuk menulis kembali. InsyaAllah, hari ini akan ada entry terbaru. Jum sama-sama membaca!



Pada suatu malam yang sayu, tatkala jam menunjukkan pukol 1.45am, Hani terbangun daripada pembaringannya. Sengal dan sakit-sakit badannya, mungkin kerana asyik seronok beraya dan mengemas je. (Hani ni seorang pelajar kedoktoran jadi, jika kita classify sakit Hani ni, boleh la dikatakan ‘muscle pain’ bukan ‘muscle wasting’ ye.hehe~)


Diteruskan cerita, kebetulan sewaktu Hani bangun daripada tidurnya jam 1.45am tu, Hani mendapati adiknya tidak tidur lagi. Geram dirasakan pabila melihat adik sendiri membazir waktu dengan kerja-kerja tidak berfaedah. MasyaAllah! Sabar...Sabar... perasaan Hani mula tidak selesa. Hendak marah, tidak baik. Nabi saw pernah menasihati seorang sahabat supaya ‘Jangan Marah’ sebanyak 3 kali. Jadi, Hani tidak mahu marah adiknya. Tapi, hani perlu menegurnya... Umm..


Tanpa berlengah, Hani terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan mengambil air sembahyang tanpa sedikit pun menegur adiknya dahulu. Takut termarah pula kang kalau ditegur dahulu sebelum mensucikan diri dengan air wudhu’.


Sebaik sahaja keluar dari tandas, Hani bergerak menuju ruang tamu yang bersebelahan dengan bilik Hani sendiri. Dipanggilnya adiknya itu untuk masuk ke bilik. Muka adik si Hani ni iaitu Humaira sudah berubah, seakan-akan sudah tahu yang alongnya ni tidak suka dengan kelakuannya. Humaira mula buat muka KESIAN.

(Kepada kakak-kakak dan abang-abang sekalian, inilah ‘sign and symptom’ @ tanda-tanda adik-adik yang takut dimarahi. Jadi, pandai-pandai la ‘counter act’ ye.hehe)


Kemudian, dengan dimulai istighfar dalam hati, hati meminta adiknya mengambil kertas kosong dan pen.


“Adik, ambilkan along pen dan kertas kosong.” Lembut tapi tegas bunyinya. Humaira mengikut arahan.

“Adik, meh duk sini. Tengok apa yang along hendak tulis dan lukis ni.”


Sebenarnya, sudah pelbagai cara Hani cuba untuk menegur dan menasihati adiknya yang seorang ni, tapi macam ada sistem yang bocor pula. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau masuk ke telinga, boleh diterima lagi, tapi kalau ‘re-bounce’ , itu yang payah sedikit.

(Berdasarkan 1 fakta yang Hani dengar dari ceramah seorang ustaz, dalam sistem menegur anak-anak, lebih kurang 200kali ucapan atau kata-kata yang sama diulang-ulang baru dikira nasihat untuk anak-anak. Jadi, kepada abi dan ummi atau bakal-bakal abi dan ummi, bersabarlah dalam menasihati anak-anak ye J)


“Ok” Humaira menjawab ringkas.


“Adik, gambar ini adik.. yang hujung ni apa ye?” Hani bertanya

(Sila ‘refer’ gambar dibawah)



“Kubur.” Humaira memberikan jawapan


“Betul. Pandai pun. Kubur untuk siapa dan untuk apa masuk dalam kubur?” Hani cuba menguji sekali lagi


“Kubur untuk orang yang sudah mati dan untuk ditanya soalan-soalan dan kemudian jumpa Allah.”


Adik jumpa Allah di akhirat nanti untuk apa?” Hani menguji lagi


“Untuk dikira amalan di dunia.” Humaira bijak berkata-kata.


“Pandai pun. Adik tahu bila adik akan mati dan jumpa Allah?” Hani kembali menyoal.


“Tidak tahu.” Ringkas jawapan HUmaira.


“Jadi, adik sudah bersedia untuk masuk kubur dan berjumpa Allah ke?”


“Tidak.”


Kenapa tidak sedia?” Hani menambah. Nada semakin tegas tapi masih berlembut.


“Sebab tidak cukup amalan.”


“Jadi, kalau tidak cukup, adik tidak mahu usaha untuk cukupkan ke? Kenapa adik boleh buang masa lagi jika

adik tahu kematian itu boleh terjadi bila-bila masa?

“.....”


Humaira berdiam diri. Tiada kata-kata yang dapat dikeluarkan. Suasana hening bertambah sayu.. Hani membiarkan adiknya berfikir sejenak sebelum memulakan ‘tazkirah cinta’nya...

(Tadi tu ‘Intro’ baru... hehe. Nampaknya, lambatlah Hani dan Humaira tidur...)


Adik... sebelum berjumpa dengan Maha Pencipta yang Maha Pengasih dan Penyayang di akhirat sana, kita manusia ni dikurniakan dahulu kehidupan didunia. Kehidupan didunia ni untuk diuji! Allah uji, diantara ramai-ramai hambaNya, yang mana satu benar-benar beriman dan bertakwa, yang memperhambakan diri dan jiwanya pada Allah sahaja. Misi seorang Muslim adalah mati dalam pengakhiran yang baik dan juga dapat memasuki syurga yang penuh nikmat.


Jadi, bagi merealisasikan matlamat ini, ada banyak cabaran yang adik perlu tempuh terutamanya SYAITAN dan NAFSU. Ramai manusia yang kecundang dek kerana panahan jahat dua benda ini. Jadi, adik perlu selamatkan diri adik dari godaan mereka berdua.

Macammane adik nak buat?


Adik.. Allah kurniakan adik ‘aql dan hati. Jika adik betul-betul jaganya. InsyaAllah adik akan selamat dan berjaya dunia dan akhirat. Hati...sabda Nabi saw: jika baik hati, maka baik lah keseluruhan diri. Tengok adik...Nabi saw sudah pesan tentang hati... Adik, hati ni jagalah ia dengan IBADAH... solat, puasa, sedekah, zikir(mengingati Allah sentiasa) dan lain-lain.


Along nak tanya adik ni, solat adik tepat ke pada waktunya? Adik faham ke bacaan dalam solat adik? Adik ada ‘spent’ masa lepas solat untuk berzikir pada Allah? ada adik lakukan solat sunat tanda kecintaan adik pada Allah? Puasa adik, adakah adik hanya berpuasa dari makan dan minum sahaja tanpa berpuasa daripada bercakap benda sia-sia dan berpuasa daripada membuang masa? Macammana adik...? semua ibadah tu sudah hebat ke..? kalau tidak hebat lagi, kenapa adik masih ada masa untuk dibuang dengan perkara yang sia-sia? Adik punya ajal lambat lagi ye? Kalau Allah tarik nyawa adik kejap lagi, adik nak jawab apa pada Allah?


Adik...

Adik jagalah ibadah adik agar hati adik sentiasa bersih dan putih ye... agar ianya dapat memantulkan cahaya keimanan dan ketakwaan.


Adik.. yang kedua apa ye? Pertama tadi HATI, kedua apa eh? Kedua adalah ‘Aqal... jadi, bagaimana nak hebatkan ‘Aqal untuk lindungi dir daripada Syaitan dan Nafsu? Adik..pimpinlah ‘Aqal dengan ilmu..


Allah kata:” Iqra’ bismirab bikallazii khalaq”

Bermaksud:Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu Yang menciptakan.


Allah turunkan ayat ini membuktikan betapa pentingnya ‘baca’ dalam erti kata lain menuntut ilmu. Jadi, tuntulah, kejarlah, carilah ilmu! Ilmu agama dan juga ilmu dunia. Adik...dengan ilmu juga lah, kita akan kenal Allah, tahu dan hayati kehebatan Allah swt. Dengan ilmu dan doa, insyaAllah kita tidak akan sesat. Kita akan pimpin ‘aqal kita ke jalan yang lurus, iaitu jalan yang Allah redai dunia dan akhirat:)


Adik..Ilmu itu jauh lebih beharga daripada harta. Ilmu akan menjaga tuannya, manakala tuan perlu menjaga hartanya. Mengajar orang ilmu tidak akan memiskinkan tuannya malah mengkayakan tuannya. Tetapi memberikan harta pada orang, akan mengurangkan harta tuannya.


Adik.. jagalah dan sucikanlah HATI dan ‘AQAL ni ye... boleh adik...??? InsyaAllah boleh ye! :)


Setelah agak lama Hani memberi ‘tazkirah cinta’nya, akhir sekali mereka sama-sama membuat jadual harian baru untuk Humaira agar setiap waktu yang ada dimanfaatkan sebaiknya oleh Humaira.


Jadi sahabat-sahabat, itu sahaja untuk cheritera kali ini. Jadi, jika Humaira boleh berhijrah dan berubah, mengapa tidak antum kan??? InsyaAllah boleh!!! :)

(Jum buat jadual harian baru!hehe)


p/s: Gunakanlah peluang hidup yang sekali didunia ini untuk kehidupan yang selama-lamanya di akhirat sana. ( 2 dikalahkan 2: Syaitan dan Nafsu dikalahkan oleh Hati dan 'Aqal)

Read On 2 comments

PEDANG KAMU dan AKU!

1:25 PM


Kehidupan manusia macam kain putih. Kita diberikan pilihan untuk mencorakkannya. Sebagai contoh, sehelai kain yang cantik, berkualiti n mahal harganya tentu payah dan rumit untuk dibuatkan? Begitu juga kehidupan, untuk menghasilkan kehidupan yang baik, memerlukan kerja-kerja yang payah dan rumit... inilah harga yang perlu dibayar! Dan apakah itu payah dan rumit.. payah dan rumit itu adalah dugaan dan cabaran yang akhirnya perkara itulah perkara yang penting dalam menjadikan manusia itu kental dan tabah. Terimalah segala ujian dan dugaan dengan hati yang terbuka dan redha...kerna apa? kerna dengan ujian itu, Allah ingin menaikkan taraf kita sebagai hambaNya.

Teringat kata-kata hikmah: ‘Pedang yang tajam tidak akan dapat dihasilkan jika tidak ditempa, dipanaskan dan diketuk’. Sungguh! Percayalah! Memang kita perlu diuji untuk menjadi manusia yang hebat dan abdi yang zuhud padaNya. Hatta, kesenangan juga adalah satu bentuk ujian.

Lantas, tatkala kita menyedari ujian dan dugaan adalah perkara yang sebati dengan kehidupan dan adlah satu daripada anak-anak tangga untuk meningkatkan diri, jadi kita seharusnya menerima dengan redha... Tanamkan dalam hati sanubari kita bahawa setiap ujian yang menimpa adalah petanda bahawa Allah sayangkkan kita.. Dia ingin kita kembali kepadaNya.. mungkin tatkala itu kita makin menjauh dariNya. Jadi, Dia datangkan masalah agar kita menyedari bahawa sememangnya kita memerlukan dan membutuhkan Allah. Manusia itu fitrahnya perlu selalu diperingati.

Berbalik kepada ‘pedang’ tadi, apakah akan terjadi setelah siap ditempa? ADAKAH HANYA MENJADI PERHIASAN? Selepas pedang yang tajam itu siap, tidaklah ianya berguna juga kecuali dengan menggunaknnya. Dah tu apa yang kita perlu lakukan untuk menggunakannya? Maka, pancunglah kepala-kepala jahiliyyah! Maksudnya, kita perlu bekerja, bertindak dan tidak boleh duduk diam sahaja! Pengalaman ‘ditempa’ perlu dikongsikan. Risalah Tauhid perlu disebarkan! Berdakwahlah, sebarkanlah...walaupun 1 ayat dari ayat2 Allah dan sunnah Rasulullah saw :)

Read On 0 comments

CINTA YANG TIADA KECEWA DIDALAMNYA

6:51 PM


‘Hani...! Hani....!’ Humaira memanggil-memanggil nama hani dari jauh.

‘uh, Humaira...hani ingat siapa tadi’ Hani hanya tersenyum.

‘Hani, apa itu CINTA SEJATI?’

‘....’ Gulp. Kelu.

‘um...kenapa Humaira tanya ye?’ Hani bertanya untuk mendapatkan kepastian. Aneh mendatang pabila persoalan itu ditujukan.

‘saja nak tahu’ Jawabnya ringkas. Disebalik riak wajah Humaira, Hani dapat mentafsirkan sesuatu. HATInya teruji!

‘Cinta sejati adalah cinta yang tiada kecewa didalamnya.’ Jawab Hani ringkas.

‘Maksud Hani?’ Humaira seakan benar-benar ingin tahu.

‘Cinta Sejati menjadikan manusia sentiasa BAHAGIA atas ketentuan Tuhan... Cinta Sejati itu adalah Cinta Hamba kepada Tuhannya. Cinta manusia kepada Rasulnya. Cinta manusia kepada siapa-siapa atau apa-apa berpaksikan cinta sejati terhadap Tuhan yg Esa.’ Jelas Hani sambil tersenyum.

‘um...boleh Hani explain lagi...’ minta Humaira.

‘Humaira...dalam kehidupan ni, kita akan selalu diasak, diterjah dan dihimpit dengan ujian. Ujian ini pula pelbagai. Ada yang datang dalam persahabtan tatkala kita diuji dengan tingkah laku sahabat kita. Ada juga yang datang dalam hubungan kekeluargaan pabila berlaku golakan rumah tangga. Ada yang hadir tika kita tengah mengembang seperti sekuntum bunga.Ujian dari KUMBANG juga salah satu dugaan besar yang perlu diatasi...’ Mukaddimah memulakan bicaranya.

Hani meneruskan kata-katanya apabila melihat Humaira mula tertarik dengan apa yang ingin disampaikan. Sah lah bahawa masalah hati yang menjadi puncanya. Hani seakan dapat mentafsir sesuatu yang tersurat di bejana hati Humaira.

‘Humaira...sebagai manusia kita tidak dapat menghalang diri daripada diuji dengan masalah hati. Cuma yang menjadi tunggaknya adalah KEIMANAN kita. KEIMANAN yang utuh akan terus memandu hati yang teruji itu. Memandu agar CINTA yang hadir diarahkan pada jalan yang benar dan syara’. Humaira...cinta itu terlalu suci untuk dikotori dan dikhianati. Peliharalah ianya.. Jangan dilayan dan jangan pula dilawan. Biarkan sahaja.. Alangkah malunya jika kita khianati cinta suci yang sepatutnya menjadi milik sang suami.’ Hani bermain dengan kata-kata. Harapannya hanya satu, Humaira dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

‘Hani...Humaira sakit dengan benda ni...’ Humaira mula jujur memberitahu keadaan sebenarnya...


‘Humaira...ingat ayat ni ye. Ayat 214, Surah Al-Baqarah.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” ’ Hani memaut erat bahu sahabatnya itu....titisan air mata Humaira dikesatnya.

‘Humaira...untuk menggapai cinta Allah yang Agung lagi Suci bukanlah semudah yang disangka.. Dugaannyanya pasti menggegarkan dunia. Cabarannya mesti menggetarkan jiwa. Tapi, percayalah KEMANISANnya kelak tak mampu ditandingi. Bahagia+manis. Yang penting MUJAHADAH!’

‘Inilah ujian yang Allah hadirkan untuk uji takat mana sebenarnya KEIKHLASAN kita kepadanya.. TAHAP mana sebenarnya KECINTAAN kita padanya.. Jika ingatan dan hati kita masih lagi terpaut pada dia yang bernama lelaki, jadi dimanakah Allah dalam bejana hati kita. Dimanakah Allah dalam amalan seharian kita. Ini juga satu peringatan dari Yang Esa. Dia nak kita pertingkatkan CINTA kita padanya. itu sebabnya Dia hadirkan ujian ini. Dia rindu pada kita Humaira....Rindu sgt pada kita...’ Hani juga menitiskan air matanya kerna satu ketika dia juga pernah diuji..

‘Hani...macammana Humaira nak atasi perkara ni...?’

‘Humaira...jagalah hubungan dengan Allah...’

Humaira inginkan penjelasan. ‘Maksud Hani...?’

‘Humaira...Cinta kita bukan cinta yang murah. Cinta kita berpaksikan cinta kepada Allah. Jadi jagalah hubungan kepada Maha Pencinta, Jagalah hubungan dengan Pencipta Cinta. Jagalah hubungan dengan Allah. Semarakkan Cinta kita kepada Allah. Agar hati kita dipenuhi oleh nama Allah bukan nama manusia yang serba kekurangan. Ketahuilah, kita ini Hamba Allah. Segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan semuanya itu adalah terbaik untuk kita dipandangan Allah. Cuma pandangan kita sahaja yang membezakan ianya baik atau buruk. Hakikatnya semuanya terbaik. Percayalah!’

‘Hayatilah tiap amal soleh yang Humaira lakukan. Jangan hanya dimulut, tapi perlulah dijiwa. Rasailah kasih sayangNya dalam tiap jejak langkah kita sebagai hamba. Andai namanya kembali menergah, kembalilah beristighfar, berwuduklah dan mengadu rindulah pada Allah. Sebenarnya, tatkala itu Allah rindukan suara kita yang mengadu rindu padaNya.’

‘Humaira takut...takut untuk tengok dia dengan orang lain... ’ Humaira memberitahu perasaannya.

‘Humaira...jika Humaira benar-benar CINTA pada Allah dan yakin segala apa yang ditentukan Allah adalah terbaik untuk Humaira dunia dan akhirat... you won’t feel that... sekali lagi...YAKINLAH pada ALLAH. Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya... Tiap dari kita telah ditetapkan jodoh masing-masing. Yang membezakan adalah, cara kita mendapatkannya. Cara yang HALAL dan Syara’ atau cara yang tidak diredai... Biar sapa pun yang bakal menjadi pemimpin kita, insyaAllah dia adalah terbaik jika kita letakkan sepenuh pergantungan kita pada Allah.’

‘Humaira...Biar Allah yang pilihkan untuk humaira ye...’ Hani mengakhiri kata-katanya...
Tangisan Humaira mengalir deras mengakhiri perbualan. Hani juga turut menitiskan airmatanya...
Read On 5 comments

CABARLAH DIRIMU UTK HIDUP DGN UJIAN!

12:33 AM


'CABARLAH DIRIMU UNTUK HIDUP DENGAN UJIAN!'

Inilah kata-kata yang membakar semangat saya untuk menulis 'entry' kali ini. Mungkin sudah seminggu saya mendiamkan diri daripada menulis. Bukan kerana tidak mahu, tapi mungkin belum adanya kesempatan. Alhamdulillah, hadirnya kesempatan ini, tidak akan saya lepaskan daripada berharap agar kita sama-sama dapat mengingatkan diri kita yang sudah jauh terleka ini.

'Cabarlah dirimu untuk hidup dengan ujian!'

Tiap tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat kita akan diuji. Tidak sedikit pun Allah membiarkan kita tanpa ujian. Kesenangan, pangkat, kuasa, kesusahan, kekayaan, perasaan senang, jatuh, bangun, kemenangan, kegagalan, perkahwinan, bujang, pelajar, anak, pekerja dan sebagainya, semua adalah UJIAN! Adakah kita SEDAR tentang itu semua? Bukan saya bertanya adakah kita TAHU? saya bertanya adakah kita SEDAR? kerna hakikat TAHU dan SEDAR adalah dua perkara yang berbeza. Berbeza.

Hakikat hidup untuk diuji. Hakikat manusia untuk senantiasa diperingati.

Bila ujian menghimpit, lantas kita jatuh, emosi meletus, fikiran bercelaru. Semua seakan-akan hilang tujuan. Apa yang dirancang dalam kehidupan tidak menjadi, kecewa, derita, sakit dan perit.

Apa berlaku seterusnya, hilang keyakinan diri untuk membuat kebaikan, Seakan-akan putus asa pada diri. Amalan kebaikan ditinggalkan dan dibiarkan menyepi. Kemudian, hati berkata-kata "lantaklah apa nak jadi, malas la nak buat baik, aku bukan baik sangat."

Hai manusia yang mengaku dirinya hamba. Saya Hamba, Kamu hamba dan Kita Hamba.
Yang baik dipandangan Allah adalah mereka yang beriman dan bertaqwa. Dan siapakah yang selayaknya untuk mengukur iman dan taqwa itu kalau bukan Allah? Dan siapa kita untuk menghina ciptaan Allah (iaitu diri kita sendiri) yang Allah telah katakan dalam KitabNya iaitu, kita adalah sebaik-baik ummah! Kita hanya hamba dan jangan lupa kita juga adalah ummat yang terbaik. Ummat yang terbaik.

Akan tetapi...
Kita acapkali kalah pada ujian kehidupan.

Mengapa?

Kembalilah bertanya, setakat mana kita faham akan matlamat hidup kita didunia ini?
Mari kita bertanya, adakah jalan yang kita ambil adalah jalan yang syara'?
dan mari kita menyoal bagaimanakah hubungan kita dengan Allah swt?

Perjelaskan matlamat hidup kita!
Pilihlah jalan yang syara' berlandaskan Qur'an dan Sunnah.
Perbaiki dan cantikkan hubungan kita dengan Allah.

InsyaAllah, hati akan senantiasa segar. Sesegar sinaran mentari pagi.
Ujian adalah ujian. Tetap akan hadir walau tidak pernah dijemput. Kita tidak dapat menghindarkan diri dari ujian. Jadi, cabarlah diri kita untuk hidup dengan ujian.

Jadikan ujian itu satu 'experiment' untuk kita belajar apa itu erti kehidupan. Kawal respon kita terhadap ujian. Jangan mengalah! Ujian adalah 'anak-anak tangga' untuk mencapai kejayaan (Mardhatillah). Langkahi tangga-tangga ujian dengan berbekalkan keteguhan iman dan kekentalan taqwa.

Ingat, cabar diri kita untuk hidup dengan ujian. Bertindaklah seperti orang yang beriman bukan orang dungu yang tidak pernah sedar hakikat ujian. Kawallah semua ujian. Senyumlah dengan ujian. Bersyukurlah dengan ujian. kerana Ujian adalah anak-anak tangga untuk mengecap apa erti sebenarnya sebuah kemenangan!

Ujian adalah kehidupan. Kehidupan adalah ujian. Kitalah yang mengawal bagaimana hendak bereaksi dengan ujian. Allah sudah tunjuk caranya. Allah sudah perkatakan tentang ujian. Maka, bangunlah! Gunakan anak-anak tangga ujian itu untuk menuju ALLAH!

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?" Surah Al-'Ankabut, ayat 2.

Kawal ujian bukan ujian kawal kita.

Ujian adalah nikmat daripada Allah. Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Syukurilah!

Ayuh! Kita cabar diri kita untuk hidup dengan ujian!

~abdi~

(P/s>> Boleh baca artikal saya tentang ujian untuk lebih menyelami)










Read On 2 comments

Followers

My Blog List

Our Journey is the Journey of Heart

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

EVERLASTING BONDING

authorized

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

LIFE TIME


AKU HANYA HAMBA ALLAH

My photo
Pedang yang HEBAT takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik!

WORDZSPEAK

SALAM ZIARAH

SOURCE OF STRENGTH

REMIND ME ABOUT THE DAY