TATKALA LEDAKAN NAFSU MELETUS!!???




Serigala


Ada sebuah cerita jauh nun di Antartika. Orang-orang Eskimo bertekad untuk memerangkap serigala kutub di sana. Pelbagai rancangan mereka utarakan dengan tujuan ingin mendapatkan serigala kutub yang berharga itu dan akhirnya mereka mendapat satu idea yang bernas lagi bijak . Dek kerana serigala kutub mempunyai kehebatan yang luar biasa, maka orang-orang Eskimo ini perlu betul-betul berstrategi bagi menjayakan matlamat mereka.

Apakah kelebihan serigala kutub ini? Kelebihannya adalah serigala kutub mempunyai deria bau yang hebat! Serigala dapat mengesan musuh dalam jarak jauh dan lari menyelamatkan diri. Maka, payahlah bagi orang Eskimo untuk membunuhnya.

Oleh kerana itu, orang-orang Eskimo ini menyediakan bilah-bilah pisau nipis dengan mata bilah yang sangat tajam. Kemudian, pisau-pisau ini direndam semalaman di dalam bekas berisi darah ‘fresh’ haiwan.

Keesokan harinya, mereka meletakkan pisau-pisau ini terdedah ditempat laluan serigala. Serigala yang tajam deria baunya mula dapat mengesan bau darah haiwan yang terlekat pada bilah-bilah pisau. Lantas, serigala mula menghidu-hidu dan akhirnya membawa serigala kepada pisau tersebut.

Tanpa berlengah dan berfikir panjang, serigala itu menjilat bilah-bilah pisau tajam itu dengan rakusnya. Setelah sekian lama menjilat dan menikmati lazatnya hidangan darah haiwan, barulah lidah terasa sangat pedih. Malangnya, segalanya sudah terlewat kerana lidah serigala luka teruk dan terkoyak dengan kesan-kesan hirisan pisau tajam.

Bercucuran darah mengalir dari lidah serigala tanpa henti dan matilah serigala itu kerana banyaknya darah yang hilang. Bagi yang mampu bertahan pula, akhirnya mati juga disebabkan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat. Luka itu terlalu parah dan kritikal, lantas menghalang mereka daripada melapah apa-apa makanan. Akhirnya, nak tak nak, mati juga serigala itu dalam keadaan kelaparan dan dahaga yang teramat sangat. Ngeri!


Refleksi diri:

Mari kita bertanyakan perihal hati kita. Apakah refleksi yang dapat kita dalami sebagai pengajaran dan pedoman?

Jika kita perhatikan, serigala itu sudah pasti tidak tergamak untuk menjilat mata pisau yang tajam itu. Lebih-lebih lagi untuk membunuh diri sendiri. Jadi, apakah yang mendorong dan mendesak serigala itu sehingga dia sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata ingin memuaskan keinginan dan keghairahannya terhadap darah haiwan?

Jawapannya sudah pasti Nafsu. Amukan Nafsu!

Hakikat Amukan Nafsu:

Inilah hakikat yang perlu dihayati. Bukan hanya tahu tapi perlulah difahami. Dalam kehidupan sebagai manusia, seringkali kita ditipu oleh nafsu. Sungguh banyak perkara-perkara haram yang dipandang nafsu sebagai keseronokan, kegembiraan dan kepuasan. Sehingga kita sendiri terlupa dan terleka bahawa tarikan nafsu itu akan membawa kita kepada kebinasaan diri.

Itulah hakikat nafsu. Nafsu mematikan rational fikiran seorang manusia. Nafsu juga membutakan hati. Nafsu juga merobohkan tembok keimanan. Lantas, apa yang tinggal hanyalah kehancuran. Hancur musnah. Seronoknya hanya sementara tapi siksaan dan penderitaan yang ditanggung? Berpanjangan!

Oleh kerana itu, manusia terdorong melakukan pelbagai perkara terkeji dalam hidupnya. Namakan sahaja perkara-perkara maksiat yang mereka lakukan, sikit pun tiada perasaan malu malah mereka bangga dengannya. Nauzubillah.

Tatkala diri sudah diselimuti nafsu, kebaikan mula menjauh. Menjauh sehingga hilang tanpa lagi hadir.

Sahabat, renungkanlah ke dalam diri. Pandanglah jauh sedikit agar kita berupaya melihat akibat buruk kesan daripada amukan nafsu tersebut. Lihatlah kehancuran itu. Pandanglah kebinasaan tersebut. Perit bukan? Maka, bentengkanlah diri kita dari amukan itu dengan pengabdian kepada Allah.

Sentiasalah sedar akan bahana yang menimpa diri kita tatkala ledakan nafsu meletus! Apabila kita mengizinkan nafsu hadir mengetuk pintu hati, maka ucapkanlah selamat tinggal pada kebaikan kerana kebaikan itu sudah semakin menjauh. Adakah ini yang kita mahu? Menjauh dari kebaikan? Katakanlah tidak.

Kembalilah pada Tuhan yang menciptakan.

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“...Orang yang memburu segala keinginan dunia ialah orang yang tidak benar-benar mengenalinya.

Maka barang siapa yang inginkan nikmat yang akan hilang dan kehidupan yang sementara maka sesungguhnya dia telah menzalimi diri sendiri serta menderhakai Tuhannya.

Dia melupai akhirat manakala dunia menipunya dan dia mengingini zahir dan batin dari dunia ini.

Sesungguhnya mereka yang melakukan dosa akan menerima balasan terhadap apa yang mereka kerjakan...”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

[HAYATILAH HADIS QUDSI DI ATAS]

Mari... kita tepis amukan dan ledakan nafsu itu dengan benteng keimanan kepada Allah!

~abdi~


2 comments:

bilamana nafsu di atas,iman berada di bawah..
kita xnak yg tu!!

jom sama2 bangkitkan iman dalam diri!!


Post a Comment

Followers

My Blog List

Our Journey is the Journey of Heart

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

EVERLASTING BONDING

authorized

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

LIFE TIME


AKU HANYA HAMBA ALLAH

My photo
Pedang yang HEBAT takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik!

WORDZSPEAK

SALAM ZIARAH

SOURCE OF STRENGTH

REMIND ME ABOUT THE DAY