TATKALA LEDAKAN NAFSU MELETUS!!???
2:22 AM
Serigala
Ada sebuah cerita jauh nun di Antartika. Orang-orang Eskimo bertekad untuk memerangkap serigala kutub di sana. Pelbagai rancangan mereka utarakan dengan tujuan ingin mendapatkan serigala kutub yang berharga itu dan akhirnya mereka mendapat satu idea yang bernas lagi bijak . Dek kerana serigala kutub mempunyai kehebatan yang luar biasa, maka orang-orang Eskimo ini perlu betul-betul berstrategi bagi menjayakan matlamat mereka.
Apakah kelebihan serigala kutub ini? Kelebihannya adalah serigala kutub mempunyai deria bau yang hebat! Serigala dapat mengesan musuh dalam jarak jauh dan lari menyelamatkan diri. Maka, payahlah bagi orang Eskimo untuk membunuhnya.
Oleh kerana itu, orang-orang Eskimo ini menyediakan bilah-bilah pisau nipis dengan mata bilah yang sangat tajam. Kemudian, pisau-pisau ini direndam semalaman di dalam bekas berisi darah ‘fresh’ haiwan.
Keesokan harinya, mereka meletakkan pisau-pisau ini terdedah ditempat laluan serigala. Serigala yang tajam deria baunya mula dapat mengesan bau darah haiwan yang terlekat pada bilah-bilah pisau. Lantas, serigala mula menghidu-hidu dan akhirnya membawa serigala kepada pisau tersebut.
Tanpa berlengah dan berfikir panjang, serigala itu menjilat bilah-bilah pisau tajam itu dengan rakusnya. Setelah sekian lama menjilat dan menikmati lazatnya hidangan darah haiwan, barulah lidah terasa sangat pedih. Malangnya, segalanya sudah terlewat kerana lidah serigala luka teruk dan terkoyak dengan kesan-kesan hirisan pisau tajam.
Bercucuran darah mengalir dari lidah serigala tanpa henti dan matilah serigala itu kerana banyaknya darah yang hilang. Bagi yang mampu bertahan pula, akhirnya mati juga disebabkan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat. Luka itu terlalu parah dan kritikal, lantas menghalang mereka daripada melapah apa-apa makanan. Akhirnya, nak tak nak, mati juga serigala itu dalam keadaan kelaparan dan dahaga yang teramat sangat. Ngeri!
Refleksi diri:
Mari kita bertanyakan perihal hati kita. Apakah refleksi yang dapat kita dalami sebagai pengajaran dan pedoman?
Jika kita perhatikan, serigala itu sudah pasti tidak tergamak untuk menjilat mata pisau yang tajam itu. Lebih-lebih lagi untuk membunuh diri sendiri. Jadi, apakah yang mendorong dan mendesak serigala itu sehingga dia sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata ingin memuaskan keinginan dan keghairahannya terhadap darah haiwan?
Jawapannya sudah pasti Nafsu. Amukan Nafsu!
Hakikat Amukan Nafsu:
Inilah hakikat yang perlu dihayati. Bukan hanya tahu tapi perlulah difahami. Dalam kehidupan sebagai manusia, seringkali kita ditipu oleh nafsu. Sungguh banyak perkara-perkara haram yang dipandang nafsu sebagai keseronokan, kegembiraan dan kepuasan. Sehingga kita sendiri terlupa dan terleka bahawa tarikan nafsu itu akan membawa kita kepada kebinasaan diri.
Itulah hakikat nafsu. Nafsu mematikan rational fikiran seorang manusia. Nafsu juga membutakan hati. Nafsu juga merobohkan tembok keimanan. Lantas, apa yang tinggal hanyalah kehancuran. Hancur musnah. Seronoknya hanya sementara tapi siksaan dan penderitaan yang ditanggung? Berpanjangan!
Oleh kerana itu, manusia terdorong melakukan pelbagai perkara terkeji dalam hidupnya. Namakan sahaja perkara-perkara maksiat yang mereka lakukan, sikit pun tiada perasaan malu malah mereka bangga dengannya. Nauzubillah.
Tatkala diri sudah diselimuti nafsu, kebaikan mula menjauh. Menjauh sehingga hilang tanpa lagi hadir.
Sahabat, renungkanlah ke dalam diri. Pandanglah jauh sedikit agar kita berupaya melihat akibat buruk kesan daripada amukan nafsu tersebut. Lihatlah kehancuran itu. Pandanglah kebinasaan tersebut. Perit bukan? Maka, bentengkanlah diri kita dari amukan itu dengan pengabdian kepada Allah.
Sentiasalah sedar akan bahana yang menimpa diri kita tatkala ledakan nafsu meletus! Apabila kita mengizinkan nafsu hadir mengetuk pintu hati, maka ucapkanlah selamat tinggal pada kebaikan kerana kebaikan itu sudah semakin menjauh. Adakah ini yang kita mahu? Menjauh dari kebaikan? Katakanlah tidak.
Kembalilah pada Tuhan yang menciptakan.
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“...Orang yang memburu segala keinginan dunia ialah orang yang tidak benar-benar mengenalinya.
Maka barang siapa yang inginkan nikmat yang akan hilang dan kehidupan yang sementara maka sesungguhnya dia telah menzalimi diri sendiri serta menderhakai Tuhannya.
Dia melupai akhirat manakala dunia menipunya dan dia mengingini zahir dan batin dari dunia ini.
Sesungguhnya mereka yang melakukan dosa akan menerima balasan terhadap apa yang mereka kerjakan...”
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)
[HAYATILAH HADIS QUDSI DI ATAS]
Mari... kita tepis amukan dan ledakan nafsu itu dengan benteng keimanan kepada Allah!
~abdi~
JANGAN JADI DUNGU!
5:08 PM
Bismillah...
Selamat menyelam lautan cerita dan pengajaran~
Cerita bermula...
Di sebatang sungai yang tenang, terletak di pinggiran kampung dan jauh dari hiruk pikuk kota, sekumpulan anak-anak ikan berenang-renang riang sambil menyanyi-nyanyi. Aman dirasakan mereka. Dari jauh, kelihatan ibu ikan itu memerhati. Riak kerisauan terpancar dari wajah ibu ikan tersebut. Lantas, dipanggilnya anak-anak ikan.
“Wahai anak-anak, hari ini ibu ingin menasihati kalian...” Ibu ikan memulakan bicara.
“Nanti apabila kamu bersiar-siar atau mencari rezeki dipersekitaran sungai, kamu akan menemui cacing yang sungguh enak untuk dimakan. Ia teramat mengujakan kamu. Tetapi ingat, ia adalah umpan semata-mata. Di sebalik cacing yang kamu lihat enak itu, ada keluli yang sangat tajam.” Nasihat ibu ikan bersungguh-sungguh.
Anak-anak ikan seakan-akan terkejut. Ada juga yang masih terpinga-pinga.
“Sekali kamu menggigit cacing enak itu, kamu tidak mampu untuk melepaskan diri. Kesakitan itu baru permulaan, kamu kemudiannya akan disentap keluar dari sungai ini. Diluar sana kehidupannya sama sekali tidak sama dengan kehidupan disini. Mereka tidak akan kembalikan kamu kesungai ini anak-anakku...” Ibu ikan meneruskan nasihatnya.
“Di luar sana ada makhluk-makhluk yang tidak berperikemanusiaan. Mereka akan mencekik insang kamu dan membelah perut kamu menggunakan pisau yang tajam. Isi perut kamu dikeluarkan dan dibuang. Kemudian, sisik kamu akan dikupas dan kulit kamu itu akan dilapah mereka. Rasa sakit yang kamu akan alami sangat dahsyat dan tidak terperi. Badan kamu akan dikelar-kelar dan luka tersebut akan dilumuri garam.” Ibu ikan bercerita sambil menggayakan kesakitan yang dirasakan.
“Kesakitan kamu tidak terhenti disitu. Selepas itu, tubuh kalian akan dicampakkan kedalam kuali yang minyaknya panas menggelegak. Kamu akan digoreng sehingga kering dan rangup. Apabila diangkat kamu kedalam pinggan, kamu akan dilapah dan dimakan. Isi-isi kamu akan disiat-siat. Tulang-tulang terpisah dari sendi dan daging kamu dikunyah sehingga hancur lumat.”
“Alangkah sakitnya semua itu! Tidak berbaloi memakan cacing yang kelihatan seperti enak untuk semua kesakitan itu.” Ibu ikan tegas menasihati anak-anaknya.
“Wahai anak-anakku, berfikirlah setiap kali kamu berjumpa dengan umpan cacing tersebut..”
Semua anak-anak ikan mendengar dengan penuh rasa ketakutan dan kegerunan. Mereka bertekad untuk berhati-hati apabila terjumpa dengan cacing umpan seperti diceritakan ibu mereka.
Keesokan harinya, seperti biasa anak-anak ikan bersiar-siar sambil mencari rezeki. Perut mereka telah berkerongcong menandakan mereka sudah teramat lapar. Tiba-tiba mereka ternampak seekor cacing segar yang amat menyelerakan. Liuk lentuk cacing terhayun-hayun dibuai arus mengiurkan mereka. Limpahan cahaya matahari pagi berkilauan memperaga sesusuk daging cacing montok sungguh menambahkan kelaparan mereka.
Tiba-tiba...
Seekor anak ikan tidak mampu bertahan lagi. Tanpa berlengah dia terus meluru ke arah cacing itu sambil berkara kepada anak-anak ikan yang lain. “ Apa yang ibu katakan semalam hanyalah cerita dongeng untuk menakut-nakutkan kita sahaja. Aku nak makan cacing ini!”
Dia membaham cacing itu! Tanpa sempat merasakan nikmatnya cacing tersebut, kesakitan yang amat dahsyat menyentap mulut ikan itu. Lelangitnya tertusuk keluli tajam dan tembus! Teramat sakit.
Belum sempat ikan menjerit, dia disentap keluar dari sungai. Tubuhnya menggelupur kuat cuba untuk melepaskan diri, namun segala-galanya telah terlambat. Pandangan anak ikan menjadi kabur dan gelap. Itulah kali terakhir dia dilihat disungai tersebut. Apa yang disebut ibu semalam bakal dilalui satu persatu...sakit.
Konklusi:
1)Cacing Enak dan Keseronokan Dunia
Beginilah kehidupan kita didunia, penuh dengan tarikan dan desakan yang tidak jemu untuk mengajak kita kearah kesenangan yang palsu. Seperti cerita ikan ini, kesenangan itu diibaratkan seperti cacing yang lazat lagi enak. Sehinggakan kita sebagai manusia kadang-kadang hanyut direntap kesenangan dan keseronokan yang menipu.
2)Alam lain berbeza?
Dan perlu kita ingat, hakikat kehidupan kita didunia ini berbeza dengan hakikat kehidupan kita di alam selain dunia iaitu alam kubur dan akhirat. Teramat berbeza. Kehidupan dialam kubur berbeza. Kehidupan di Padang Mahsyar juga tidak sama. Dan paling mengerikan adalah kehidupan yang pastinya berbeza di neraka kelak. Penuh azab dan siksa.
Tapi...
Segala yang akan berlaku itu telah diceritakan perkhabarannya dalam al-Quran dan Sunnah. Namun, ketarikan kita terhadap keseronokan dunia yang bersifat sementara ini menyebabkan kita alpa dan lupa akan nasib yang bakal dilalui di alam lain. Kita lalai dibuai mimpi-mimpi indah dunia.
Akal fikiran dan gelora hawa nafsu seringkali menewaskan manusia dengan umpan-umpan segar dan enak. Tertipu dan alpalah manusia dengannya. Sedangkan penderitaan yang ngeri dan dahsyat sedang menanti manusi itu di alam seterusnya. Alam yang wajib tiap kita lalui.
Jadi, janganlah jadi seperti anak ikan itu yang hanya mendengar dan bertekad tetapi kemudiannya apabila datang godaan hidup di dunia, kita terus lupa akan nasib yang bakal kita lalui sebagai akibat daripada tindakan kealpaan kita.
Dan juga, mohonlah agar kita tidak menjadi dungu yang tersedar apabila terkena. Kerana tatkala itu, segalanya sudah terlambat. Benar-benar terlambat.
Ayuh kita hilangkan kedunguan!
~abdi~
BUAT RENUNGAN AKU DAN KAMU
5:56 AM
*Bacalah dengan jiwa: ianya menyentuh hati saya. Harap dapat juga menyentuh hati sahabat-sahabat yang membacanya*
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“Barang siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah didunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah diakhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang didalam hatinya.
Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan, sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji-Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.
Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada-Ku rezeki untukmu, tetapi malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezeki-Ku kemudian kamu membalasinya dengan kederhakaan terhadap-Ku.
Kamu memohon dari-Ku lalu Aku memperkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada-Ku sentiasa mengalir kepadamu dan kejahatan daripadamu sampai kepada-Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik-baik Tuan kepadamu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepada-Ku.
Engkau menanggalkan daripada-Ku apa-apa yang Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasai malu dengan-Ku. Engkau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadap-Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan-Ku.”
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)
BULATAN KEHIDUPAN TU APA USTAZAH???
3:29 PM
" Adik2 ustazah... ustazah nak tnya satu soalan boleh?" tnya Elya dalam nada yg lembut..."boleh ustazah!!!" jawab mereka serentak...
Keriangan dan keceriaan murid2 di sekolah amat menyenangkan hati Elya...dia gembira menjadi ustazah sementara di sekolah tersebut.. Baginya, ini lah pengalaman yg berharga untuk dirinya yg dtg dr Yg Maha Kuasa! salah satu jalan tarbiyah untuk mendidik dirinya sendiri agar menjadi insan berhikmah~
"ok...adik2 ustazah yg ustazah sayangi... objek apa yg BERBENTUK BULAT yg ustazah lukiskan di papan hitam ni...? tnya Elya lembut.
"um...biskut ustazah!" jawab UMAR.. diikuti gelak ketawa murid2 yg lain..
UMAR, anak murid Elya yg begitu ramah dan berani dalam memberi pendapat.. Satu 'kelebihan' yg perlu digilap agar dapat menjadi khalifah hebat dalam menegakkan yg HAQ dan menghapus yg BATIL.. dan dapat menjadi the next 'Umar Abdul Aziz' dan 'Umar Al-Khattab'.

"bukan2...tu bulan purnama ustazah!" tangkas SUMAYYAH memintas gelak tawa kawan2 sekelasnya..
Sumayyah, manis wajahnya yg juga salah seorang murid Elya yg mempunyai ciri kemimpinan. Jauh disudut hati Elya, dia amat berharap mereka inilah yg akan terus menjadi MATA2 RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH SAW. InsyaAllah~
"emm..ada sape2 lagi yg nak jawab ke?" tanya Elya sambil tersenyum..
Hatinya tersentuh melihat KEJUJURAN yg terpancar dr kelakuan anak2 muridnya..
Inilah kejujuran yg makin PUDAR apabila manusia makin dewasa....um...
"ok la adik2 ustazah...kalo ustazah kata suma jawapan adik2 xtepat...mcmmane?"
"mana boleh ustazah! betul la apa saya cakap! saya tau apa benda tu...biskut la ustazah!" bentak UMAR yg xbersetuju dgn kenyataan Elya, ustazahnya...
Elya memulakan bicaranya...
"ok adik2 yg ustzh sayangi... macam ni.... bulatan ni ustazah yg lukis kan...? jadi, btol x kalo ustzh kata hanya ustazah je yg tau apa sebenarnya ustazah lukis... orang lain hanya boleh membuat ANDAIAN sahaja... btol x? jawapan yg adik2 ustazah cakap, semua nya adalah TEKAAN dan ANDAIAN betul....?"
Suasana sepi seketika...murid2 nampak berfikir...dan ada juga yg macam terpinga2...
"ok lah... mcm ni... ustazah bg sati contoh dan adik2 kne fikir tentangnya...:
Umar membina KOTAK berbentuk segi empat tepat... lepas tu, cuba UMAR tnya dekat SUMAYYAH objek apa yg umar bina tu...
Mungkin Sumayyah akan kata Umar lukis KOTAK BARANG KEMAS (jewellery). Tapi sebenarnya Umar bina KOTAK BEKAS PENCIL! Disini ada 2 keputusan berbeza. Bg pendapat Umar, letak alat2 tulis adalah yg TERBAIK..tp bg pandangan Sumayyah, letak barang kemas lg best!
tapi...
Yg mana yg betul...?
Tentulah...jawapan Umar betul...
Cebab apa? cebab... Umar yg bina kotak tu... Umar sahaja yg tau tntg apa yg dia bina dan apa yg terbaik tok diletakkan pada kotak tu... betul x?"
Inilah analogy yg diberikan oleh Elya membuatkan anak2 muridnya kembali berfikir...
"betul ustazah...." jawab mereka dalam nada yg halus selepas lama berfikir...
Persoalan yg UTAMA berbangkit akhirnya, selepas Elya pasti anak2 muridnya mula memahami n menghayati apa yg ingin disampaikan....
"jadi adik2... apa SEBENARNYA yg ustazah nak terangkan pada adik2 yg ustazah sayang ni ye...?"
_____________________________________________________________________________________
>> Assalamualaikum wbt...
Salam ukhuwah fillah abadan abada kpd semua...
Sahabat sahabiah sekalian, apa yg kte dapat SEBENARNYA dr kisah Elya dan anak2 muridnya ni?
Ada tak yg mempunyai jawapan yg bermain2 dikepala...?
Apa maksud dr ANALOGI2 yg diberikan oleh Elya pada anak2 muridnya?
Analogi itu adalah seperti LAMPU YG MENERANGI sst (untuk men 'clear' kan pemahaman agar mudah diterima).

Saje hanis tidak meneruskan cerita tersebut...bukan kerana malas atau buntu idea...tapi untuk kte sama2 berfikir apa HIKMAH disebaliknya...
Sedarkah kite BULATAN yg dilukis Elya itu adalah diri dan kehidupan kita...?
contoh tadi hanyalah ANALOGI sahaja...
>>Apa yg ingin disampaikan adalah:
Wahai diriku dan shbt2ku, ALLAH lah yg LUKIS dan JADIkan kite... Dia lah PENCIPTA kite yg menjadikan kite dr tiada kepada ada... Jadi, hanya ALLAH sahaja lah Yg Maha Mengetahui segala apa yg TERBAIK dalam kehidupan kite...
Kadang2, kte mungkin MERUNGUT dan KECEWA dgn apa yg kite ada... btol x?
Kite KECEWA dgn apa yg terjadi kat diri kita kerana apa yg diharapkan dan dinginkan tidak terjadi...? Tapi... adakah kite pernah terpikir bahawa itulah yg TERBAIK utk kite dan jalan TARBIYAH itulah ALLAH pilih utk kite... kerana apa??? kerana DIA MAHA TAHU yg itu terbaik untuk makhluknya...
Perasaan kecewa, merungut dan sewaktu dgnnya adalah hasil drpd pandangan yg JAHIL n HINA kite... Pandangan kite adalah LIMITED. LIMITED SIGHT or LIMITED POINT OF VIEW.Pandangan yg utama adalah PANDANGAN ALLAH! Setiap apa yg dijadikan ALLAH, pasti ada HIKMAH!!! Percayalah!!! Takkan kite xnak percaya pada ZAT yg mencipta kite dr tidak ada kpd ada....
Satu lg analogy, kalo kte 'mencipta sesuatu' adakah kite nak mencipta sst yg xelok? TIDAK bukan? Tentunya kita nak segala yg TERBAIK untuk 'sesuatu' yg kite cipta tu kan???
Jadi... mari kte sama2 tekadkan KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN kte kpd ALLAH yg menjadikan SEGALANYA dalam kehidupan kite adalah yg TERBAIK!
Senang bukan untuk sekadar mengeluarkan kata2 kita percaya dan kite yakin??? dan kite juga mungkin selalu mengungkapkan perkataan2 spt ini:
"eh, aku percaya pada Allah"
"mestilah aku percaya pada Allah!"
dan berbagai2 ayat lagi...
TAPI...
Sejauh mana tahap PERCAYA dan YAKIN kite pada Yg Esa... Adakah kite BENAR2 menghayatinya....??? Tepuk dada, tanya IMAN... Biarkan iman kte melahirkan suatu jawapan yg jujur...
Akhir sekali...
Mari kte berdoa agar segala yg terbaik terjadi dalam kehidupan kite walaupun kadang2 kite ianya dirasakan SAKIT, XBERBALOI, XSUKE, KECEWA DAN LAIN2... tapi... Hayatilah bahawa kite adalah insan hina dan pandangan hina kite adalah TERAMATLAH TERHAD... (wallahua'lam)
AYAT dan HADITH untuk panduan bersama:
Surah al-baqarah, ayat 216
"diwajibkan bg kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sstu, padahal itu tdk baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Rasulullah saw bersabda:
" Bersemangatlah utk memperoleh apa yg bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jgnlah lemah. Bila menimpamu sst (dari perkara yg tidak disukai) jgnlah engkau berkata 'seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah: 'Allah telah menetapkan dan apa yg Dia inginkan, Dia akan lakukan', kerana ssghnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan."
(Riwayat Muslim)
P/S> Segala kekurangan hanis mohon maaf. Apa yg hanis harapkan adalah kite sama2 dapat mengambil 'sesuatu yg baik' dari cerita ni ye... "berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran".
wallahua'lam.


